Merekabentuk, membina, memasang, membekal dan menyelenggara kubah. ( Tel. # 016 631 2060 )

Tuesday 11 August 2015

PEMBEKAL KUBAH

Pengenalan

PEMBEKAL KUBAH SDN BHD merupakan syarikat profesional yang berpengalaman 30 tahun di dalam industri pembinaan. Syarikat ini terlibat di dalam rekabentuk kubah, membina, memasang, membekal dan menyelenggara kubah khususnya untuk masjid dan surau dan lain-lain kerja yang bersangkutan.

Di Malaysia terdapat banyak masjid dan surau tidak mempunyai kubah ataupun tidak sempurna kubahnya dan orang ramai juga tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya kerana tiada syarikat khusus untuk membina dan membekalkan kubah. Menyedari hakikat ini syarikat kami menyediakan kubah yang menarik dan mampu milik dan mampu diselenggarakan.

Penjelasan Produk

Kubah yang kami perkenalkan adalah dari kepingan aluminium tahan karat yang akan disalut pada rangka keluli supaya dapat membentuk kubah yang mempunyai kekuatan yang tinggi , ringan dan mampu menahan beban angin. Syarikat kami juga membekalkan kubah terdiri daripada beberapa rekabentuk yang menarik dari ukuran diameter yang kecil 1.0 meter hingga ke 9.0 meter.

Ciri-ciri kubah dan kebaikannya

Kubah ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan mempunyai ketebalan pelbagai mengikut permintaan dan pemasangannya terbukti masih kukuh, tidak berkarat dan masih bertahan selama 20 tahun.

Selain material aluminium, kami juga mempunyai material lain seperti stainless steel, tembaga, policarbonet dari pelbagai warna.

Kompenen –kompenen yang digunakan sudah siap dipasang yang telah disediakan di kilang kami untuk memudahkan pemasangan dengan cepat. Tempoh siap pemasangan dari separuh hari mengikut saiz dan struktur bumbung.

Kubah yang ringan mudah untuk dipasang disurau dan masjid sedia ada dan tidak perlu pengukuhan atau ubahsuai struktur bumbung.

Kubah ini walaupun ringan tetapi mempunyai kekuatan yang tinggi mampu menampung beban angin yang tertinggi di Malaysia iaitu 30 m/s.

Selain daripada itu ia menambahkan keindahan masjid dan surau dengan adanya kubah yang bermutu tinggi dengan kos yang rendah dan mampu milik yang bercirikan senibina Islam. Secara tidak langsung meningkatkan penampilan masjid dan surau sebagai kekuatan dakwah dan syiar Islam.

Kami juga menyediakan perkhidmatan berkonsepkan One Stop Centre.

Bermula dari rekabentuk kubah, fabrikasi, pemasangan dan pengesahan siap oleh jurutera struktur berdaftar.

Senarai projek dan gambar

1. Membekal dan memasang kubah bawang jenis ‘Aluminium Enamel’ serta ubahsuai tapak kubah di Surau Nurul Iman, Desa Perwira, Ipoh, Perak.
2. Kerja membekal dan memasang kubah bawang di Sekolah Agama Rakyat Bandar Proton, Tanjung Malim, Perak.
3. Membekal dan memasang kubah bawang jenis 'Polycarbonet' di Taman Rekreasi DBKL, Kuala Lumpur.
4. Cadangan membekal dan memasang kubah bawang jenis 'Aluminium Anodised' di Masjid Kg. Changkat Berangan, Lenggong, Perak.
5. Membekal dan memasang kubah bawang jenis ‘Aluminium Enamel’ serta ubahsuai tapak kubah di Masjid Kg. Luat, Lenggong, Perak.
6. Memasang kubah di Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia, Ipoh, Perak.
7. Membekal dan memasang kubah stainless steel di Masjid Kg. Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
8. Membekal dan memasang 6 unit kubah stainless steel di Masjid Jamek Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

1. Membekal dan memasang kubah bawang jenis ‘Aluminium Enamel’ serta ubahsuai tapak kubah

Tempat : Surau Nurul Iman, Desa Perwira, Ipoh, Perak



2. Kerja membekal dan memasang kubah bawang

Tempat : Sekolah Agama Rakyat Bandar Proton, Tanjung Malim, Perak








3. Membekal dan memasang kubah bawang jenis 'Polycarbonet'

Tempat : Taman Rekreasi DBKL, Kuala Lumpur




4. Cadangan membekal dan memasang kubah bawang jenis 'Aluminium Anodised'

Tempat : Masjid Kg. Changkat Berangan, Lenggong, Perak





5. Membekal dan memasang kubah bawang jenis ‘Aluminium Enamel’ serta ubahsuai tapak kubah.

Tempat : Masjid Kg. Luat, Lenggong, Perak





Contoh lukisan kubah dalam bentuk Autocad





Lain-lain jenis kubah yang dibekalkan

1.      Kubah Enamel



2.      Kubah Stainless Steel